Make your own free website on Tripod.com
~ReMaJa CooL~
Home | FeSyeN | kEsiHaTaN | ReNcAnA ReMAJa | pEnDidiKAn | zOdiAk | HiBurAn

pEnDidiKAn

4.jpg

PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN

Teknik Menjawab Soalan Berbentuk Objektif

1. Baca soalan dengan teliti.


2. Baca semua jawapan yang diberikan dengan teliti.


3. Teliti semua soalan agar benar-benar difahami.


4. Apabila sudah pasti mengenai jawapan, tandakan jawapan tersebut dengan jelas ditempat yang telah disediakan. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu.


5. Jika tidak pasti jawapan, sila ikut prosedur berikut:

a) Baca semua soalan dan potong jawapan yang tidak tepat atau yang tidak  munasabah. Kaedah ini dinamakan sebagai proses eliminasi.
 b) Setelah mengenepikan semua jawapan yang tidak tepat atau tidak munasabah, anda akan dapat memilih jawapan yang dirasakan paling tepat.
 c) Rujuk semula maklumat yang terkandung di dalam soalan-soalan dan jawapan-jawapan lain yang telah anda berikan.
Ada kalanya soalan atau jawapan lain mengandungi maklumat yang  boleh digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang lain.
 d) Jika semua tidak dapat membantu, gunakan gerak hati (intuition) anda untuk memilih jawapan yang betul. Biasanya pilihan pertama lebih baik dari pilihan kedua.

Malam Sebelum Peperiksaan

1. Lakukan amalan kerohanian yang sewajarnya.


        a) Solat hajat dan solat istikharah
        b) Doa
        c) Minta doa/restu ibu bapa.


2. Sedia semua bekalan yang diperlukan.


  a) Baju sekolah, stokin dan kasut (pastikan bersih atau masih baru).
  b) Alat tulis 3-4 pensil 2B, pemadam, pen, dan pembaris atau apa-apa peralatan yang difikirkan perlu.
c) Kad pengenalan dan slip peperiksaan. Pastikan anda membuat salinan dan simpan ditempat yang berasingan.
d) Berus dan ubat gigi.
e) Pewangi badan.
f) Ubat-ubatan.
g) Wang saku.
h) Air masak/mineral.
 i)
Jam.
 j) Gula-gula.
k) Lain-lain keperluan yang di fikirkan perlu.


3. Tidur awal.


a) Elakkan dari menonton TV
b) Jika perlu untuk menelefon kawan, lakukan secara ringkas.
c) Pastikan sekurang-kurangnya dua jam penggera masa di pasang.

Pagi Peperiksaan

1. Mandi air suam.


2. Solat hajat dua rakaat sebelum Subuh.


3. Sarapan.
        a) Pastikan anda bersarapan.
        b) Jangan makan terlalu banyak/berat
        c) Makan bahan yang mengandungi protein dan makan buah-buahan.


4. Minum glukosa.


5. Pakai minyak wangi.


6. Keluar rumah cium tangan ibu bapa.


7. Datang awal.

 

Petua Semasa Di Luar Dewan Peperiksaan

1. Elakkan berbincang dengan rakan tentang sesuatu topik atau soalan peperiksaan. Ini akan menyebabkan kita berasa lebih gemuruh.


2. Tenangkan diri dengan bersangka baik terhadap semua orang.


3. Buang air kecil / besar


4. Lakukan senaman ringan untuk meregangkan otot- otot dan mengurangkan tekanan.


5. Tarik nafas panjang beberapa kali.


6. Makan gula - gula.


7. Sikat rambut , betulkan pakaian, ikat tali kasut atau strap  kemas- kemas.   


8. Ambil wuduk.


9. Periksa semua peralatan untuk kegunaan semasa peperiksaan


10. Doa beramai - ramai dengan pimpinan guru atau pelajar di luar dewan peperiksaan.
                                                                   

Petua Semasa Dalam Dewan Pepertiksaan


1. Baca selawat dan Basmallah dan melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan.


2. Duduk dengan selesa.


3. Keluarkan kad pengenalan dan slip peperiksaan.


4. Baca doa penerang hati.


5. Tarik nafas panjang beberapa kali.


6. Kalau gemuruh, lakukan pernafasan pemulihan, yakni bernafas dengan menggunakan otot perut.


7. Senyum untuk lebih tenang dan yakin.


8. Bisikkan pada diri " Insya- Allah, aku akan dapat jawab semua soalan dengan cemerlang".


9. Dengar dengan teliti arahan dari penyelia / pengawas peperiksaan.


10. Baca arahan dalam kertas peperiksaan dengan teliti.


11. Untuk soalan yang bukan berbentuk objektif, baca semua soalan dan pilih soalan yang ingin dijawab ( tandakan).


12. Bahagikan masa dengan saksama untuk menjawab setiap soalan. Tanpa pembahagian masa yang tegas, kebanyakan pelajar akan mengagihkan lebih masa untuk soalan pertama dan kurang masa untuk menjawab soalan - soalan yang berikutnya.


13. Buat rangka jawapan untuk semua soalan di awal peperiksaan. Pada masa ini pemikiran kita lebih segar dan cergas.Jangan risau bila melihat pelajar lain telah memulakan menjawab soalan.Rangka jawapan yang dibuat akan membantu penulisan jawapan yang sistematik dan lengkap.


14. Jika tidak faham mengenai arahan atau soalan atau  jika  menghadapi sebarang masalah, angkat tangan untuk meminta bantuan dari guru pengawas.


15. Jangan melakukan sebarang perlakuan yang mencurigakan. Ini boleh menyebabkan kita dianggap menipu atau meniru.
16. Kalau tidak dapat menjawab sebarang soalan atau tenggelam punca , hendaklah beristighfar,  membaca selawat beberapa kali, tarik nafas panjang, dan
cuba ingat kembali maklumat atau  fakta yang kita terlupa tadi.


17. Jika selesai menjawab semua soalan dengan cepat , jangan buang masa . Semak semula setiap jawapan dari bawah ke atas.Cuba lihat soalan dari perspektif yang berbeza. Jangan berasa  terlalu yakin. Ini akan menyebabkan kita menjadi cuai.


18. Elakkan dari melukis sebarang gambar atas kertas jawapan.


19. Elakkan dari menulis
surat rayuan atas kertas jawapan untuk meminta " markah kasihan" dari  pemeriksa.


20. Sebelum kertas jawapan dikutip , berdoalah tanda kesyukuran kerana dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin.


21. Berdoalah agar pemeriksa kertas jawapan akan memberi markah yang sewajarnya.

Petua Selepas  Peperiksaan

1. Bersalam dan ucapkan terima kasih kepada guru - guru pengawas.


2. Ucapkan tahniah kepada rakan - rakan.


3. Jika kurang yakin dengan sebarang jawapan, tidak perlu berbincang dengan kawan - kawan. Ini akan  menyebabkan kita berasa risau yang berpanjangan.


4. Ucapkan terima kasih dan meminta maaf kepada semua guru anda.


5. Jangan lepaskan geram dengan merosakkan kelengkapan dan harta benda sekolah.


6. Buat perancangan mengenai pengisian masa cuti.


7. Doakan diri dan rakan - rakan semoga berjaya dalam peperiksaan yang lalu.

 

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

 Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

 

RANGGI..AKTIF..LASAK