Make your own free website on Tripod.com
~ReMaJa CooL~
Home | FeSyeN | kEsiHaTaN | ReNcAnA ReMAJa | pEnDidiKAn | zOdiAk | HiBurAn

zOdiAk

HAIWAN DAN ZODIAK

 

Tahukah anda bahawa tarikh lahir boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat? Caranya mudah saja, kenal pasti bilakan tarikh lahir anda serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan dibawah.

 

 

 

 

 


KUCING

01-05 Februari

24-31 Mac

25-30 Jun

27-31 Julai

15-27 September

17-30 November

 

TIKUS

10-24 Januari

16-23 Mac

15-26 April

01-03 Jun

01-09 Julai

16-25 Ogos

 

ARNAB
01-09 Januari

01-03 April

15-20 Jun

10-15 Julai

28-30 September

01-16 Disember

 

SINGA
25-31 Januari

13-15 Mac

22-31 Mei

01-16 November

 

MERPATI

06-14 Februari

14-21 Mei

16-26 Julai

01-14 September

26-31 Disember

 

PENYU
15-21 Februari

27-30 April

04-14 Jun

26-31 Ogos

16-27 Oktober

 

MONYET
01-12 Mac

01-13 Mei

21-24 Jun

01-15 Ogos

01-15 Oktober

17-25 Disember

 

HARIMAU KUMBANG

22-28 Februari

04-14 April

28-31 Oktober

 


 

ARNAB

 

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaanya popular di kalangan teman-teman. Sikapmu yang mudah bergaul menjadikan kamu diantara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa saja tan pa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

 

KUCING

 

Pemalu dan comel, itula karektor yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara

atau berbual dengan individu yang tidak dikenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa saja.

 

MONYET

 

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang disekeliling mu untuk menjalinkan ikatan persahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walaubagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, ‘hidup mesti ceria!. Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

 

HARIMAU KUMBANG

 

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walaubagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ke tika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian  yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

 

TIKUS

’Diam-diam ubi berisi’ itulah gambaran terdekat mengenai keperibadianmu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri kamu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

 

 SINGA

 

Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Individu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semulajadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

 

PENYU

 

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang tidak bersikap seperti ‘talam dua muka’.

 

MERPATI

 

Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harianmu.

23.jpg

RANGGI..AKTIF..LASAK