Make your own free website on Tripod.com
~ReMaJa CooL~
Home | FeSyeN | kEsiHaTaN | ReNcAnA ReMAJa | pEnDidiKAn | zOdiAk | HiBurAn

kEsiHaTaN

17.jpg
menjaga kesihatan diri adalah penting bagi setiap gadis remaja

PETUA KECANTIKAN

 

Menjadi harapan setiap wanita agar kelihatan cantik sentiasa dan keremajaannya dapat dipertahankan walaupun sudah berusia. Pelbagai cara dilakukan agar tampak awet muda, terutamanya menerusi rawatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan asli yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Berikut disertakan beberapa petua tradisional kecantikan meliputi penjagaan seluruh badan.

 

1.     Petua Menjaga Kesihatan Kepala Dan Kecantikan Rambut

 

i.                  Mendapatkan rambut yang hitam dan berkilat

 

Rambut sememangnya mahkota wanita. Bagi mendapatkan rambut yang hitam dan berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (di buat sendiri) dan dimasak bersama daun kemak (dibiarkan sejuk), dilumurkan pada rambut semalaman, kemudian dicuci.

       

ii.               Melebatkan rambut

 

Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut, petua yang harus diamalkan ialah, ambil air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut.

 

iii.            Mengharumkan rambut dan menghilangkan kotoran

 

Serai juga boleh digunakan sebagai ‘syampu’ rambut. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan dapat menghilangkat kototan pada kulit kepala.

 

2.     Petua Mencantikkan Kulit Muka Dan Penjagaan Kulit

 

i.                  Melicinkan kulit muka dan awet muda

 

Bagi mendapatkan kulit yang licin dan awet muda, ambil pinang muda (yang bijinya masih berlendir) dan sapukan pada muka, kemudian di cuci.

 

ii.               Menghilangkan kotoran pada badan

 

Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama-sama asam jawa dan dilumurkan pada badan dapat menaggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Hampas kelapa dikatakan berkesan menaggalkan daki pada badan dan melembut serta melembabkan kulit. Kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental kulit muka dan badan.

 

 

iii.            Menghaluskan kulit

 

Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampurkan dengan bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menaggalkan daki dan sel-sel mati pada badan.

 

iv.            Menghaluskan tapak kaki

 

Tapak kaki boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.

 

v.               Memerah dan menghaluskan kulit muka

 

Daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk hingga halus inai dan sental pada kulit muka.

 

3.     Petua Menghilangkan Bau Badan

 

Daun sirih dikatakan tumbuhan yang paling sesuai untuk menghilangkan bau badan. Caranya, ramas daun sirih tersebut dan sapukan pada badan terutama ke bahagian tubuh yang berbau. Selain itu, mandi susu juga boleh dilakukan kerana rawatan ini mengandungi campuran susu soya, susu kambing, madu dan aromaterapi. Semuanya dimasukkan di dalam tab mandian bersis air suam. Kemudian berendam 15-20 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

13.jpg
MengAmaLkan peTua DaPat MenYerLahkAn AwEt MuDa

RANGGI..AKTIF..LASAK